Kembara Sufi is back!

Kembara Sufi merupakan konsert nasyid anjuran bersama Kelab Media dan Teknologi UTP (MEDTECH),Rakan Masjid (RM) dan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) yang menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air. Program tahunan ini memberi satu wadah untuk mendedahkan warga kampus tentang aliran nasyid terkini yang merupakan alternatif hiburan berlandaskan syariat Islam.

Objektif:

  1. Menjadikan nasyid sebagai satu alternatif hiburan yang berlandaskan syariat Islam untuk masyarakat kampus Universiti Teknologi PETRONAS dan warga penduduk di sekitarnya, yang dapat mendidik jiwa para pendengar ke arah nilai – nilai murni.
  2. Membolehkan para pelajar kampus dan warga penduduk sekitar mengenali artis – artis nasyid tanah air dengan lebih dekat.
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, staf dan kakitangan, dan warga penduduk di kampus dan kawasan sekitar melalui aktiviti yang dijalankan.
  4. Memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya ahli jawatankuasa penganjur untuk mengendalikan aktiviti – aktiviti persatuan sekaligus melahirkan pelajar – pelajar yang berkebolehan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

kunjungi laman web rasmi Kembara Sufi 2010; http://kembarasufi.com/

7 Comments

  1. baidurihati says:

    Salam alaik buat semua,

    ana mewakili komiti KS 2010, berharap semua ahli2 MEDTECH dapat hadir dann membeli tiket KS secepat mungkin sebagai support antum dalam event MEDTECH sendiri..moga berjumpa di Kembara Sufi~ (^__^)

    * beli tiket dgn amin Jailani (bendahari MEDTECH terbaru) :)

  2. Syazwan Zubir says:

    yeah..ill be there :D

    (amin j treasurer terbaru ke? hehe)

    • adired says:

      yeah.. !! congrates amin J… bendahari terbaru kita!!..

    • mahsyar says:

      amin j treasurer terbaru. lol

      congrats to all committee members of Kembara Sufi.

      Nice montage. Full of after effects. Im wondering how long it takes to render it all. :P

      • Nasuha says:

        i’m sure you know Mahsyar, how long do you think? :D

  3. hanif muqsit says:

    best2 kS!
    tahniah…

  4. Nasrullah says:

    Tahniah pada semua komiti KS VIII.
    Thankz to everyone that involve directly or indirectly.
    Jadikan nasyid hiburan utama,bukan sekadar alternative.InsyaAllah (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>